Jenis-Jenis Zakat!
Soalan Lazim
1. Adakah bayaran Zakat boleh mendapat pengecualian cukai ?
Ya, bagi pembayar individu, Slip Pengesahan Bayaran ini boleh dikemukakan kepada LHDN bagi tujuan tuntutan rebat cukai di bawah Seksyen 6A (3),
Akta Cukai Pendapatan 1967. Bagi pembayar zakat bukan individu pula, slip ini boleh dikemukakan kepada LHDN bagi tujuan tuntutan tolakan cukai di bawah Seksyen 44 (11 A), Akta Cukai Pendapatan 1967.
2. Zakat Pendapatan mempunyai penolakan Had Kifayah, boleh saya tahu jumlah Had Kifayah?
Kiraan di bawah adalah mengikut setahun
- Diri Sendiri – RM14,580
- Dewasa Bekerja (18 tahun ke atas) (RM4,944 seorang)
- Dewasa Tidak Bekerja (18 tahun ke atas) (RM2,004 seorang)
- Tanggungan Belajar IPT (RM 7,356 seorang)
- Tanggungan Berumur 7-17 tahun (RM4,896 seorang)
- Tanggungan 6 Tahun Ke Bawah (RM2,100 seorang)
- Tanggungan Anak OKU (RM2,964 seorang)
- Tanggungan Pesakit Kronik (RM2,916 seorang)
- Caruman KWSP Tahunan bahagian pekerja dibawah umur 55 tahun
(jumlah gaji kasar x 11%) - Tolak Simpanan Tahunan Semasa Tabung Haji (jika ada)
Jika perlukan bantuan kiraan, boleh whatsapp nombor ini 019 – 263 2494
3. Apakah jenis-jenis pendapatan yang termasuk dalam kiraan Zakat Pendapatan?
Ada EMPAT (4) jenis harta pendapatan yang perlu digabungkan, iaitu:
(a) Penggajian (gaji bulanan + elaun + bonus),
(b) Hasil bebas atau freelance.
(c) Hasil Al-Mustaghalat (sewa rumah, kereta, janaan dari aset kita)
(d) Hasil Pemberian (pusaka, takaful, menang hadiah dsb).
4. Bapa saya tidak mahu membuat pembayaran zakat daripada wang simpanannya, bolehkah anak-anak wakil untuk membuat pembayaran zakat bapa?
Boleh. Sebutkan semasa akad membayar, katakan sebagai wakil kepada bapa atau sesiapa yang ingin diwakili.
5. Emas dibeli untuk anak , beban zakat pada anak atau penjaga?
Sekiranya syarat zakat sudah capai, maka wajib keluarkan zakat. Penjaga / pengurus harta perlu membayarkan zakat tersebut. Tetapi sekiranya anak itu sendiri ingin membayarnya sendiri maka lepaslah kewajiban itu dari ibubapa / pengurus harta.
6. Jika gaji sudah membuat tolakkan zakat, adakah lebihan gaji yang disimpan itu dikenakan zakat simpanan untuk tahun semasa?
Kalau lebihan tu dibawa ke tahun depan (dan untuk tahun-tahun seterusnya) sebagai simpanan kita, adakah akan dikenakan zakat simpanan juga?
Tidak, untuk simpanan yang dilakukan pada tahun semasa memang tidak dikenakan zakat lagi. Sebab duit tu semua dari gaji dan gaji itu sudah dikeluarkan zakat.
Untuk tahun seterusnya, dia dah masuk dalam Kategori Zakat Simpanan.
Tapi itu untuk 1 akaun sahaja. Ada orang mempunyai beberapa akaun bank lain. Itu perlu dikira dalam Zakat Simpanan pada tahun semasa juga.