Zakat KWSP
Kira dan bayar Zakat KWSP anda bersama kami, dijamin Mudah, Cepat dan Selamat
A : Komponen Tambahan
A1. Jumlah Wang Ketika Dikeluarkan
A2. Jumlah Simpanan KWSP Akaun 3
Kiraan Zakat Yang Perlu Dibayar
Jumlah Nilai Harta Layak Dizakat
Zakat KWSP Yang Perlu Dibayar
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat “” yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Zakat KWSP
Apa Itu Zakat ASB?
Sebagai pelabur dalam apa-apa skim pelaburan, tentunya ramai yang faham akan keperluan membayar zakat ke atasnya. Pelaburan dalam apa bentuk sekalipun merupakan aktiviti menambah kekayaan jadi ia wajar dizakat agar hasilnya dapat diagihkan di kalangan mereka yang memerlukan bantuan. Antara jenis pelaburan in termasuk pelaburan dalam syarikat pengurusan unit amanah seperti Amanah Saham Nasional Berhad – juga dikenali sebagai ASB, yang merupakan yang terbesar di negara ini. Jika anda mempunyai pelaburan dalam ASB, maka anda perlu tahu jika anda wajib membayar zakat ASB ataupun tidak.
Sementara itu, selain daripada mengetahui kewajipan membayar zakat ASB, ada juga yang bertanya jika zakat ASB dibayar pada keuntungannya sahaja, atau termasuk pelaburan pokok? Baca dengan lebih lanjut untuk ketahui maklumat-maklumat penting mengenai pembayaran zakat ASB.
Dalil Zakat ASB
| Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar. Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Dawud dan al-Baihaqi) |
Sementara itu, terdapat juga hadith lain yang menyatakan
| Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Zakat perak ialah seperempat puluh (1/40) dari nilai harga perak itu.” (Riwayat Imam Al-Bukhari) |
Jika dilihat di sini, nilai setengah dinar (0.5) daripada nilai keseluruhan 20 dinar bertetapan dengan kadar 2.5%. Begitu juga mengikut dalil kedua, 1/40 adalah bersamaan dengan 2.5%. Oleh itu, tiada keraguan bahawa kadar zakat adalah sebanyak 2.5% dan jelas sekali membayar zakat ASB ity merupakan kewajipan bagi pelabur.
Syarat Wajib Bayar Zakat ASB
- Pembayar zakat beragama Islam
- Memiliki harta – dalam konteks ini, mempunyai pelaburan ASB
- Cukup haul, iaitu jumlah pelaburan dimiliki selama setahun
- Jumlah keseluruhan harta yang dimiliki mencapai nisab atau paras minimum yang ditentukan majlis agama setiap negeri bagi tahun bayaran zakat dibuat. (Ini bermakna, nisab bukan dikira hanya berdasarkan jumlah pelaburan, tetapi berdasarkan keseluruhan harga pelabur termasuk harta yang dimiliki, pelaburan lain dan emas yang dimiliki)
Perlu diambil perhatian bahawa umur bukan penentu syarat wajib bayar zakat. Justeru, hatta seorang kanak-kanak atau bayi sekali pun perlu membayar zakat jika cukup syarat-syaratnya. Tanggung jawab ini jatuh kepada wali atau kanak-kanak tersebut untuk memastikan zakat dilunaskan bila tiba masanya.
Cara Pengiraan Zakat ASB
Mengikut Ahmad Husni, kiraan zakat bagi ASB menggunakan modal sendiri dan kiraan zakat ASB berdasarkan pembiayaan adalah berbeza. Malahan, sebenarnya terdapat beberapa cara zakat dikira ke atas pelaburan ASB.
Cara-cara mengira zakat ke atas pelaburan ASB seperti contoh-contoh berikut:-
| Contoh 1 | |||||||||
|
Pelaburan ASB dibuat menggunakan wang atau modal sendiri: Cara pengiraan dibuat berdasarkan jumlah modal dicampur dengan dividen yang diperolehi.
Contoh Pengiraan:-
RM107,350 x 2.5% = RM2,683.75 |
|||||||||
| Contoh 2 | |||||||||
|
Pelaburan ASB yang diperoleh melalui pembiayaan: Bagi pelaburan ASB yang dibuat melalui pembiayaan dari bank, zakat hanya dikenakan jika jumlah dividen melebihi nisab pada tahun tersebut.
Contoh cara pengiraan:
2.5% x RM7,350 = RM183.75 |
|||||||||