Isnin – Jumaat : 8.30 AM – 6.00 PM

Zakat Harta

Kira dan bayar Zakat Harta anda bersama kami, dijamin Mudah, Cepat dan Selamat

A : Aset Semasa/Harta Semasa

A1. Jumlah Nilai Emas Yang Melebihi Uruf
RM
A2. Jumlah Nilai Perak Yang Melebihi Uruf
RM
A3. Jumlah Nilai Harta Benda Untuk Didagangkan (Stok jualan, dll)
RM
A4. Jumlah Nilai Hartanah Bertujuan Untuk Dijual
RM
A5. Jumlah Nilai Harta Temuan atau Rikaz (Harta galian dari tanah, harta pusaka, hadiah, dll)
RM

Kiraan Zakat Yang Perlu Dibayar

Jumlah Nilai Harta Layak Dizakat
[a1]+[a2]+[a3]+[a4]+[a5]
RM
Zakat Harta Yang Perlu Dibayar
[a]*0.025
RM

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Harta yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Dalam kehidupan seharian, kita sebagai manusia perlu melakukan pekerjaan atau perniagaan yang membolehkan kita menghasilkan pendapatan. Biasanya, di zaman serba moden ini, bayaran diberikan dalam bentuk wang di mana ia boleh digunakan untuk membeli barang keperluan atau membayar untuk perkhidmatan seseorang. Jika terdapat lebihan selepas segala bayaran telah dibuat, maka lebihan pendapatan ini dikenakan zakat. Apakah sebenarnya zakat harta dan apa perbezaannya dengan zakat pendapatan atau zakat perniagaan? Di sini kami terangkan definisinya serta jenis-jenis zakat dan kiraannya.

Seperti yang telah dijelaskan tadi, terdapat pelbagai jenis harta yang perlu dikenakan zakat. Selain daripada jenis-jenis harta, perlu dilihat juga syarat-syarat bagi memenuhi kriteria wajib bayaran dibuat. Ianya seperti berikut:

  1. Beragama Islam dan merdeka

  2. Harta yang dizakatkan merupakan pemilikan penuh pembayar zakat (maksudnya bukan harta yang dikongsi dan boleh digunakan tanpa sebarang halangan)

  3. Cukup nisabnya iaitu berdasarkan harga emas seberat 85 gram, bergantung kepada setiap negeri masing-masing

  4. Cukup haul iaitu selama setahun harta tersebut berada dalam simpanannya. 

Jika seseorang itu memenuhi syarat-syarat di atas, maka wajib ke atas dirinya untuk membayar zakat. 

Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Adakah mereka wajib membayar zakat ini jika cukup syarat-syarat yang telah ditetapkan? Mengikut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, walaupun seseorang itu masih di bawah jagaan ibu bapa atau penjaga yang sah, dia masih perlu membayar zakat jika hartanya mengikut syarat yang berkenaan. 

Daripada Alin bin Abu Talib, Rasullullah SAW bersabda (yang bermaksud):

“Tidak wajib zakat harta sehingga berlalu waktu setahun,”

(Riwayat Abu Daud – 1573; dan Ibn Majah – 1789) (Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).

Kita mungkin pernah dengar tentang kanak-kanak yang mewarisi sejumlah wang yang besar daripada warisnya – atau mungkin juga daripada bayaran insuran akibat kecelakaan. Maka harta ini sudah jatuh menjadi hartanya dan penjaganya perlu bertanggungjawab dalam membantu kanak-kanak ini melangsaikan zakat tersebut. Asalkan cukup syarat-syarat termasuk kadar haul, harta yang dimiliki adalah pemilikan penuh, dan cukup nisabnya, maka wajib dikeluarkan zakat harta ke atasnya. Ini termasuk bayi dan kanak-kanak yang belum mumayyiz.

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis zakat yang terletak di bawah kategori ini. Antara contoh-contoh zakat harta adalah seperti berikut:-

  1. Zakat emas dan perak.

  2. Zakat pendapatan. 

  3. Zakat wang simpanan. 

  4. Zakat perniagaan.  

  5. Zakat KWSP. 

  6. Zakat saham. 

Selain daripada jenis-jenis harta yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis harta lain yang wajib dibayar zakat. Ini termasuk zakat bagi pertanian, ternakan dan takaful.