Isnin – Jumaat : 8.30 AM – 6.00 PM

Zakat Simpanan

Kira dan bayar Zakat Simpanan anda bersama kami, dijamin Mudah, Cepat dan Selamat

A : Aset Semasa/Harta Semasa

A1. Jumlah Dalam Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Akaun Mata Wang Asing
RM
A2. Deposit Tetap/Deposit Berstruktur
RM
A3. Simpanan di Takaful/Insuran (Nilai tunai polisi takaful / Insuran yang boleh dikeluarkan)
RM
A4. Jumlah baki KWSP ketika umur 55 tahun ke atas (Bagi yang MASIH BEKERJA selepas umur 55 tahun)
RM
A5. Jumlah baki KWSP (Bagi yang TIDAK BEKERJA selepas umur 55 tahun)
RM
A6. Lain-lain tunai (peti besi, simpanan di rumah dan sebagainya)
RM
A7. Hutang boleh terima daripada penghutang
RM

Kiraan Zakat Yang Perlu Dibayar

Jumlah Nilai Harta Layak Dizakat
[a1]+[a2]+[a3]+[a4]+[a5]+[a6]+[a7]
RM
Zakat Harta Yang Perlu Dibayar
[a]*0.025
RM

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Simpanan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Tahukah anda bahawa anda perlu membayar zakat untuk simpanan anda setiap tahun? Secara umumnya, ramai umat Islam akan membayar zakat fitrah dan zakat harta. Namun, tidak ramai sedar bahawa dalam lingkungan zakat harta itu terdapatnya zakat yang dikhususkan untuk simpanan. Biasanya kita akan membayar zakat perniagaan atau zakat pendapatan. Ramai yang terlepas pandang atau mungkin juga tidak tahu tentang zakat ke atas wang simpanan, apatah lagi mengenai siapa yang wajib membayar zakat ini dan nisab zakat yang dikenakan atas simpanan. Baca dengan lebih lanjut untuk fahami syarat-syarat dan kadar bagi zakat yang dikenakan ke atas simpanan.

Zakat ini adalah zakat yang dikenakan ke atas wang simpanan seseorang individu. Ia juga boleh dikenakan ke atas objek lain yang boleh diterima pakai secara umum dalam urusan jual beli. Contoh objek ini seperti emas atau perak yang boleh digunakan sebagai mata wang. Malah, zakat ini juga boleh dikenakan ke atas pelaburan, saham yang dipegang, bon simpanan, dan lain-lain. Kesemua faktor-faktor ini perlu diambil kira ketika sedang timbang kira zakat simpanan. Jika ia memenuhi syarat-syarat bentuk simpanan, termasuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan, maka ia diwajibkan untuk dibayar bawah zakat simpanan.

Kesemua jenis simpanan ini perlu dikira jumlah nilai keseluruhannya untuk dilihat sama ada ia mencapai nilai nisab untuk simpanan terkini. 

  1. Simpanan dalam bank atau institusi kewangan

  2. Simpanan wang di luar institusi kewangan

  3. Simpanan ASB

  4. Sijil bon simpanan

  5. Pegangan saham

  6. Pelaburan jangka panjang

  7. Lain-lain jenis simpanan seperti emas dan sebagainya

Sementara itu, ada juga simpanan yang tidak perlu diambil kira dalam membuat bayaran zakat anda. Contoh simpanan ini seperti simpanan dalam Tabung Haji dan juga simpanan dalam akaun Bank Islam. Ini adalah kerana institusi-institusi ini telah pun mengeluarkan zakat buat pihak anda. Oleh yang demikian, anda perlu kenali dan pastikan akaun mana yang perlu dikenakan zakat simpanan dan yang mana tidak perlu diambil kira. 

Dari hadis, 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sementara itu, ia juga terdapat dalam al-Quran, iaitu mengenai simpanan emas dan perak.

Allah berfirman yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan ke jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas, perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada (mereka). Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab daripada) apa yang kamu simpan itu.”

(At-Taubah ayat 34-35)

Dapat dilihat di sini betapa pentingnya untuk kita menunaikan zakat. Ini agar harta dan simpanan kita diredhai Allah SWT. 

Jadi, siapakah yang wajib membayar Zakat ini dan apa nisabnya? Untuk pengetahuan, nisab zakat yang dikenakan atas simpanan adalan bersamaan dengan nilai 85 gram emas pada tahun tersebut. Pada kiraan bulan Julai-Disember 2023, nilai nisab ini bersamaan dengan RM23,035. Jumlah ini juga bersamaan dengan 595 gram nilai perak, bagi mereka yang mahu membayar untuk simpanan barang perak.

Ini bermakna, jika simpanan anda melebihi RM23,035 (atau apa-apa nilai semasa zakat simpanan di negeri masing-masing), anda wajib membayar zakat ke atas simpanan setelah cukup haul. Haul untuk zakat simpanan pula apabila cukup setahun disimpan. Oleh itu, setelah cukup tempoh haul, simpanan itu wajib dikenakan zakat berdasarkan baki terakhir tempoh haul itu. Kebanyakan pembayar yang mengeluarkan zakat untuk simpanan akan mengira haul daripada bulan Januari sehingga bulan Disember tahun itu. Dengan itu, bayaran zakat ini boleh ditolak daripada cukai tahunan yang dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pula. Bagaimana pun, jika anda mahu membayar zakat simpanan pada waktu lain, tidak menjadi masalah asalkan sudah cukup haul selama setahun ini.

Bagi pembayar zakat yang mengira haul mengikut kalendar Masihi, anda perlu tahu bahawa kadar yang disarankan oleh Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions (AAOIFI) adalah sebanyak 2.577%. Ini adalah kerana jangka masa satu tahun dalam kalendar Masihi adalah lebih panjang daripada jangka masa setahun mengikut kalendar tahun Hijrah. Walau bagaimanapun, jangan risau kerana jumlah bayaran zakat yang dikenakan pastinya tidak jauh bezanya.

Jika simpanan anda mencapai kadar nisab wajib zakat, kadar zakat yang dikenakan adalah sebanyak 2.5%.

Sebagai contoh, jika jumlah simpanan anda berjumlah RM24,000, pengiraan kadar wajib zakat simpanan adalah seperti berikut:

2.5% x RM24,000 = RM600

Oleh itu, jumlah zakat yang dikenakan atas simpanan dan perlu dibayar pada tahun itu adalah sebanyak RM600.

Anda boleh membayar zakat anda bersama kami secara atas talian

atau

di kaunter zakat kami di :

No. 7-1, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.