Isnin – Jumaat : 8.30 AM – 6.00 PM

Zakat ASB

A : Aset Semasa/Harta Semasa

A1. Jumlah Nilai Amanah Saham Bumiputera (1, 2 & 3)
RM
A2. Jumlah Nilai Amanah Saham Malaysia (1,2 & 3)
RM
A3. Jumlah Nilai Amanah Saham Nasional
RM
A4. Jumlah Nilai ASN
(Equity, Imbang, Sara, dll)
RM
A5. Jumlah Nilai ASN Sukuk
RM

Kiraan Zakat Yang Perlu Dibayar

Jumlah Nilai Harta Layak Dizakat
[a1]+[a2]+[a3]+[a4]+[a5]
RM

Zakat Harta Yang Perlu Dibayar

[a]*0.025
RM

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat “” yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Sebagai pelabur dalam apa-apa skim pelaburan, tentunya ramai yang faham akan keperluan membayar zakat ke atasnya. Pelaburan dalam apa bentuk sekalipun merupakan aktiviti menambah kekayaan jadi ia wajar dizakat agar hasilnya dapat diagihkan di kalangan mereka yang memerlukan bantuan. Antara jenis pelaburan in termasuk pelaburan dalam syarikat pengurusan unit amanah seperti Amanah Saham Nasional Berhad – juga dikenali sebagai ASB, yang merupakan yang terbesar di negara ini. Jika anda mempunyai pelaburan dalam ASB, maka anda perlu tahu jika anda wajib membayar zakat ASB ataupun tidak.

Sementara itu, selain daripada mengetahui kewajipan membayar zakat ASB, ada juga yang bertanya jika zakat ASB dibayar pada keuntungannya sahaja, atau termasuk pelaburan pokok? Baca dengan lebih lanjut untuk ketahui maklumat-maklumat penting mengenai pembayaran zakat ASB.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar. Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”


(Riwayat Abu Dawud dan al-Baihaqi)

Sementara itu, terdapat juga hadith lain yang menyatakan

Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud :


“Zakat perak ialah seperempat puluh (1/40) dari nilai harga perak itu.”


(Riwayat Imam Al-Bukhari)

Jika dilihat di sini, nilai setengah dinar (0.5) daripada nilai keseluruhan 20 dinar bertetapan dengan kadar 2.5%. Begitu juga mengikut dalil kedua, 1/40 adalah bersamaan dengan 2.5%. Oleh itu, tiada keraguan bahawa kadar zakat adalah sebanyak 2.5% dan jelas sekali membayar zakat ASB ity merupakan kewajipan bagi pelabur.

Sama seperti syarat-syarat wajib membayar zakat bagi harta lain, syarat wajib bayar zakat ASB seperti berikut:-

  1. Pembayar zakat beragama Islam
  2. Memiliki harta – dalam konteks ini, mempunyai pelaburan ASB
  3. Cukup haul, iaitu jumlah pelaburan dimiliki selama setahun
  4. Jumlah keseluruhan harta yang dimiliki mencapai nisab atau paras minimum yang ditentukan majlis agama setiap negeri bagi tahun bayaran zakat dibuat. (Ini bermakna, nisab bukan dikira hanya berdasarkan jumlah pelaburan, tetapi berdasarkan keseluruhan harga pelabur termasuk harta yang dimiliki, pelaburan lain dan emas yang dimiliki)

Perlu diambil perhatian bahawa umur bukan penentu syarat wajib bayar zakat. Justeru, hatta seorang kanak-kanak atau bayi sekali pun perlu membayar zakat jika cukup syarat-syaratnya. Tanggung jawab ini jatuh kepada wali atau kanak-kanak tersebut untuk memastikan zakat dilunaskan bila tiba masanya.
Berbalik kepada persoalan jika zakat ASB dikira berdasarkan nilai keseluruhan, nilai pokok atau nilai faedah sahaja, mari lihat kupasan yang telah dikongsi Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman yang telah dikongsi bersama portal berita Sinar Harian.

Mengikut Ahmad Husni, kiraan zakat bagi ASB menggunakan modal sendiri dan kiraan zakat ASB berdasarkan pembiayaan adalah berbeza. Malahan, sebenarnya terdapat beberapa cara zakat dikira ke atas pelaburan ASB.

Cara-cara mengira zakat ke atas pelaburan ASB seperti contoh-contoh berikut:-

Contoh 1
Pelaburan ASB dibuat menggunakan wang atau modal sendiri: Cara pengiraan dibuat berdasarkan jumlah modal dicampur dengan dividen yang diperolehi.

Contoh Pengiraan:-

Modal Pelaburan
RM 100,000
Contoh Dividen Sebanyak 7.25%
RM 7,250
1% dari 10,000 unit pertama
RM 100
Jumlah yang dikenakan zakat
RM 107,350
Pada kadar 2.5%, jumlah zakat ASB yang perlu dibayar seperti berikut:

RM107,350 x 2.5% = RM2,683.75
Contoh 2
Pelaburan ASB yang diperoleh melalui pembiayaan: Bagi pelaburan ASB yang dibuat melalui pembiayaan dari bank, zakat hanya dikenakan jika jumlah dividen melebihi nisab pada tahun tersebut.

Contoh cara pengiraan:

Modal Pelaburan (Dalam Bentuk Sijil Pelaburan)
RM 100,000
Contoh Dividen Sebanyak 7.25%
RM 7,250
1% dari 10,000 unit pertama
RM 100
Jumlah Yang Dikenakan Zakat (Dividen + Bonus Sahaja)
RM 107,350
Pada kadar 2.5%, zakat yang perlu dibayar dikira seperti berikut:

2.5% x RM7,350 = RM183.75