Isnin – Jumaat : 8.30 AM – 6.00 PM

Zakat Harta

A : Aset Semasa/Harta Semasa

A1. Jumlah Nilai Emas Yang Melebihi Uruf
RM
A2. Jumlah Nilai Perak Yang Melebihi Uruf
RM
A3. Jumlah Nilai Harta Benda Untuk Didagangkan (Stok jualan, dll)
RM
A4. Jumlah Nilai Hartanah Bertujuan Untuk Dijual
RM
A5. Jumlah Nilai Harta Temuan atau Rikaz (Harta galian dari tanah, harta pusaka, hadiah, dll)
RM

Kiraan Zakat Yang Perlu Dibayar

Jumlah Nilai Harta Layak Dizakat
[a1]+[a2]+[a3]+[a4]+[a5]
RM
Zakat Harta Yang Perlu Dibayar
[a]*0.025
RM

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Harta yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Dalam kehidupan seharian, kita sebagai manusia perlu melakukan pekerjaan atau perniagaan yang membolehkan kita menghasilkan pendapatan. Biasanya, di zaman serba moden ini, bayaran diberikan dalam bentuk wang di mana ia boleh digunakan untuk membeli barang keperluan atau membayar untuk perkhidmatan seseorang. Jika terdapat lebihan selepas segala bayaran telah dibuat, maka lebihan pendapatan ini dikenakan zakat harta. Apakah sebenarnya zakat harta dan apa perbezaannya dengan zakat pendapatan atau zakat perniagaan? Di sini kami terangkan definisinya serta jenis-jenis zakat harta dan kiraannya.

Seperti yang telah dijelaskan tadi, terdapat pelbagai jenis harta yang perlu dikenakan zakat. Selain daripada jenis-jenis harta, perlu dilihat juga syarat-syarat bagi memenuhi kriteria wajib bayaran dibuat. Ianya seperti berikut:

  1. Beragama Islam dan merdeka

  2. Harta yang dizakatkan merupakan pemilikan penuh pembayar zakat (maksudnya bukan harta yang dikongsi dan boleh digunakan tanpa sebarang halangan)

  3. Cukup nisabnya iaitu berdasarkan harga emas seberat 85 gram, bergantung kepada setiap negeri masing-masing

  4. Cukup haul iaitu selama setahun harta tersebut berada dalam simpanannya. 

Jika seseorang itu memenuhi syarat-syarat di atas, maka wajib ke atas dirinya untuk membayar zakat harta. 

Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Adakah mereka wajib membayar zakat harta jika cukup syarat-syarat yang telah ditetapkan? Mengikut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, walaupun seseorang itu masih di bawah jagaan ibu bapa atau penjaga yang sah, dia masih perlu membayar zakat jika hartanya mengikut syarat yang berkenaan. 
Daripada Alin bin Abu Talib, Rasullullah SAW bersabda (yang bermaksud):

“Tidak wajib zakat harta sehingga berlalu waktu setahun,”

(Riwayat Abu Daud – 1573; dan Ibn Majah – 1789) (Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).
Kita mungkin pernah dengar tentang kanak-kanak yang mewarisi sejumlah wang yang besar daripada warisnya – atau mungkin juga daripada bayaran insuran akibat kecelakaan. Maka harta ini sudah jatuh menjadi hartanya dan penjaganya perlu bertanggungjawab dalam membantu kanak-kanak ini melangsaikan zakat hartanya. Asalkan cukup syarat-syarat termasuk kadar haul, harta yang dimiliki adalah pemilikan penuh, dan cukup nisabnya, maka wajib dikeluarkan zakat harta ke atasnya. Ini termasuk bayi dan kanak-kanak yang belum mumayyiz.

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis zakat yang terletak di bawah kategori zakat harta. Antara contoh-contoh zakat harta adalah seperti berikut:-

  1. Zakat emas dan perak: Antara banyak-banyak harta yang perlu dibayar zakat, tidak hairan bahawa pemilikan emas dan perak termasuk dalam kategori ini. Ia merupakan elemen yang berharga dan nilainya sentiasa meninggi. Malahan, emas dan perak juga pernah digunakan sebagai matawang. Selain itu, ia juga digunakan sebagai perhiasan. Tentunya harta berharga seperti ini wajar dizakat. Kadar nisab emas adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan emas yang dimiliki. Begitu juga kadar nisab untuk simpanan, barangan atau perhiasan perak, iaitu sebanyak 2.5% daripada milai keseluruhan. 

  2. Zakat pendapatan: Dibayar ke atas segala perolehan wang atau gaji setelah cukup haul. Perolehan wang ini termasuk gaji daripada syarikat, bonus, dividen simpanan, hibah atau hadiah, pampasan dan lain-lain sumber pendapatan. Cara mengira adalah mengikut jumlah yang tinggal selepas ditolak segala perbelanjaan yang dibenarkan pada kadar 2.5% daripada amaun yang tinggal. Anda juga boleh mengira jumlah yang perlu dibayar mengikut keseluruhan pendapatan dalam setahun, jika mampu. 

  3. Zakat wang simpanan: Dibayar berdasarkan jumlah wang simpanan sama ada dalam akaun simpanan di bank, ASB, ASW dan sebagainya. Cara mengira nisab untuk simpanan pula tertakluk kepada jumlah keseluruhan simpanan pada akhir tahun atau akhir kiraan haul, iaitu pada kadar 2.5% jumlah baki. 

  4. Zakat perniagaan: Jika anda melakukan sebarang jenis aktiviti perniagaan – sama ada dalam bidang pembuatan, pembekalan, pertanian, perikanan, perlombongan, atau apa-apa perkhidmatan, maka anda perlu membayar zakat perniagaan. Nisab bagi perniagaan adalah 2.5% daripada jumlah pendapatan anda pada akhir waktu haul, namun ia tertakluk kepada keuntungan yang tinggal selepas ditolak pelbagai perbelanjaan dalam perniagaan.  

  5. Zakat KWSP: Jangan risau – zakat yang dikenakan ke atas KWSP anda bukanlah ke atas simpanan KWSP anda. Sebaliknya, ia merupakan zakat yang dikenakan ke atas sebarang pengeluaran daripada simpanan KWSP anda. Namun ada perbezaan terhadap zakat KWSP, iaitu ia perlu dibayar dengan segera selepas simpanan dikeluarkan, dan bukannya menunggu cukup haul. Kadar nisab adalah 2.5% jumlah yang dikeluarkan. 

  6. Zakat saham: Walaupun selalunya tidak terlihat secara zahir, sebenarnya pegangan saham juga jatuh di bawah kategori harta dan perlu dikenakan zakat. Terdapat tiga jenis cara kiraan nisab bagi saham yang masing-masing bergantung kepada situasi berbeza: ekuiti yang dibeli sepanjang tahun, ekuiti yang dijual-beli, dan ekuiti dalam syarikat persendirian ataupun koperasi. Pegangan ekuiti ini didapati daripada pasaran modal termasuk jual-beli saham, unit amanah (trust fund), dana dagangan bursa (ETF – Exchange Traded Funds), saham hartanah komersil (REIT – Real Estate Investment Trust), dana indeks, bon, sukuk, dan derivatif, dan juga ekuiti ke atas syer dalam sesuatu syarikat serta koperasi. Bagi setiap jenis pegangan saham ini, cara pengiraannya ada sedikit perbezaan, namun secara umumnya nisabnya jatuh kepada 2.5% juga. 

Selain daripada jenis-jenis harta yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis harta lain yang wajib dibayar zakat. Ini termasuk zakat bagi pertanian, ternakan dan takaful.