Isnin – Jumaat : 8.30 AM – 6.00 PM

Zakat Pelaburan

A : Aset Semasa/Harta Semasa

A1. Jumlah Nilai Saham Tersenarai:
Saham biasa, warrant dan sebagainya
RM
A2. Jumlah Nilai Saham Amanah
(ASB & Unit Trust)
RM
A3. Jumlah Nilai Dana Dagangan Bursa
(ETF, dll.)
RM
A4. Jumlah Nilai Amanah Pelaburan Hartanah (REITs)
RM
A5. Jumlah Nilai Matawang Kripto
(Bitcoin, dll.)
RM

Kiraan Zakat Yang Perlu Dibayar

Jumlah Nilai Harta Layak Dizakat
[a1]+[a2]+[a3]+[a4]+[a5]
RM
Zakat Harta Yang Perlu Dibayar
[a]*0.025
RM

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Pelaburan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Dalam usaha menjana pendapatan dan mengumpul kekayaan, salah satu cara adalah melalui aktiviti pelaburan. Pelaburan merupakan aktiviti di mana sejumlah wang ditempatkan pada sesuatu kegiatan perniagaan dengan harapan dana ini akan berkembang dan menghasilkan keuntungan yang besar di masa hadapan. Oleh itu, jika ia menguntungkan, tentu sekali perlu dikenakan zakat pelaburan bagi orang Islam kerana keuntungan daripada pelaburan juga merupakan sejenis pendapatan.

Biasanya, sesebuah pelaburan juga merupakan aktiviti jangka masa panjang, di mana pulangan daripada pelaburan ini mungkin tidak akan memberi pulangan yang menguntungkan sehingga selepas beberapa tahun. Malahan, pelaburan merupakan salah satu cara yang sering dipertimbangkan jika seseorang itu benar-benar mahu membina kekayaan. 

Pelaburan termasuk pelaburan oleh individu, kerajaan, kumpulan seperti koperasi, dana pencen dan pelaburan perniagaan atau korporat. Bagi tujuan pembayaran zakat pelaburan, kategori ini termasuk semua jenis pelaburan. Ia mungkin pelaburan sebagai individu atau bagi pihak syarikat, dalam jenis pelaburan seperti saham, bon, dan komoditi – iaitu pelaburan dalam bahan-bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian manusia seperti arang, minyak mentah, emas, gandum dan sebagainya. 

Adakah terdapat dalil bagi kewajipan membayar zakat pelaburan? Tentu sekali ada kerana perbuatan membuat pelaburan itu hampir sama seperti sesebuah perniagaan ataupun pemilikan harta. Dalil yang sering dirujuk bagi perkara zakat pelaburan, termasuk seperti berikut:-

Firman Allah SWT, yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

(Surah Al-Baqarah, ayat 267)

Mengikut Imam Mujahid, iaitu salah seorang penterjemah Al Quran, ketika menafsirkan ayat ini beliau berpendapat ia merujuk kepada perniagaan. Hal ini dinyatakan oleh Imam Ibnu Katsir dalam kitab beliau, yang bermaksud:
“Mujahid berkata: Apa yang dimaksudkan di sini merujuk kepada perniagaan”.
(Tafsir Ibnu Kathir 1/697)

Sementara itu, ada juga dinyatakan oleh Imam at-Tabari bahawa terdapat ayat yang merujuk kepada perniagaan, ataupun daripada emas dan perak. Perkara ini dinyatakan oleh beliau dalam kitab tafsirnya:, maksudnya:

“Keluarkanlah zakat daripada hasil usaha kamu yang baik dengan penguasaan kamu samaada daripada perniagaan atau pun pembuatan daripada emas dan perak”. (Rujuk Tafsir al-Tabari 5/555)

Oleh kerana pelaburan itu biasanya mendapat dana daripada ramai individu, maka kiraan nisabnya adalah berdasarkan nilai keseluruhan dan bukan mengikut bahagian masing-masing. Kesemua harta pelaburan bersama dikira sebagai satu unit walaupun ada pelabur yang tidak cukup nisabnya. 

Terdapat dalil bagi perkara ini yea g berdasarkan sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud: 

“Jangan kamu satukan harta yang berbeza dan jangan kamu asingkan harta yang terkumpul bagi mengelakkan (bayar lebih/terima kurang) daripada zakat”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Terdapat penjelasan daripada Imam al-Nawawi mengenai perkara ini, yang bermaksud:

“Setiap seorang daripada dua harta yang bercampur itu akan memberi kesan kepada zakat, maka dijadikan dua harta yang bercampur itu atau harta yang ramai sebagai satu nilai harta. (Rujuk Kitab Raudhah al-Tolibin 2/170)

Walau bagaimanapun, kadar zakat yang perlu dibayar adalah berdasarkan nilai saham yang dimiliki oleh seseorang individu sahaja. Kadar yang dikenakan adalah sama seperti zakat harta iaitu 2.5% daripada jumlah keseluruhan saham yang dimiliki. 

Namun, jika seorang pelabur memiliki pegangan bagi jenis-jenis zakat yang berbeza, hanya pegangan yang telah cukup haul (saham telah dimiliki selama setahun) sahaja yang wajib dizakat. 

Bagi saham yang dibeli untuk mendapatkan dividen hasil daripada pegangan jangka masa panjang, cara kiraan kadar zakat adalah seperti berikut:-

Bilangan saham yang dimiliki = 100,000 unit

Nilai per unit saham = RM2.50 

Zakat yang perlu dibayar: 

=(RM2.50 x 100,000 unit) x 2.5%

=RM250,000 x 2.5%

=RM6,250

Bagi saham yang dibeli untuk jual-beli dalam jangka masa pendek pula, kadar zakat bergabung kepada keuntungan yang diperolehi daripada aktiviti jualan ini.

Cara mengira zakat bagi pelaburan jangka masa pendek adalah seperti berikut:-

Bilangan saham yang dimiliki = 100,000 unit

Kos belian = RM2.00

Harga jualan = RM2.50

Zakat yang perlu dibayar:

=([RM2.50 – RM2.00] x100,000 unit) x 2.5%

=RM50,000 x 2.5%

=RM1,250

Dapat dilihat di sini bagaimana terdapat perbezaan dalam pengiraan kadar zakat bagi pelaburan jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Bagi pelaburan jangka masa pendek, walaupun pemilikan saham tidak cukup haul, namun keuntungan yang didapati merupakan sebahagian daripada pendapatan atau keuntungan pelabur buat tahun tersebut.

Sementara itu, bagi pelaburan jangka masa panjang pula, pengiraan kadar zakat pelaburan tidak tertakluk hanya kepada keuntungan ataupun dividen pada tahun itu. Ini kerana pemilikan saham tersebut merupakan sejenis harta atau aset bagi pelabur. Oleh itu, kadar bayaran dikenakan ke atas keseluruhan unit yang dimiliki. 

Walau apapun, penting untuk kita me tu ikan harta dan mendapat redha Allah dalam usaha mengumpul kekayaan. Oleh itu, pastikan anda tidak lalai dalam membayar zakat pelaburan agar harta kita sentiasa berkat.