Kira dan bayar Zakat Pendapatan anda bersama kami, dijamin Mudah, Cepat dan Selamat
Inilah wang sebanyak RM ………. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Zakat Pendapatan merupakan salah satu zakat yang dikenakan terhadap semua umat Islam.
Setiap Muslim yang cukup syarat perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan dan aktiviti yang menghasilkan pendapatan.
Ini adalah sumbangan wajib yang ditetapkan oleh undang-undang Islam. Zakat digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.
Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan).
Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:-
Membantu pembangunan ummah dan masyarakat kerana zakat yang dikutip akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk fakir miskin, anak yatim dan juga para pelajar kurang berkemampuan
Menyatukan ummah dalam hal ekonomi, di mana sama-sama dapat berbincang cara terbaik untuk sama-sama maju dalam pengumpulan harta
Mewujudkan hubungan sesama insan di antara pemberi dan penerima zakat – walaupun pembayar zakat mungkin tidak bertemu para penerima zakat, namun dapat melihat pembangunan dan bantuan yang diberikan hasil daripada kutipan zakat
Mengelakkan perasaan iri hati sesama insan dan malahan mungkin juga dapat memberi inspirasi kepada golongan penerima zakat untuk memajukan diri sendiri agar dapat menyumbang kepada ummah suatu hari nanti melalui zakat ke atas kekayaan sendiri
Menanamkan sifat bertanggungjawab dalam diri individu, terutamanya ketua keluarga
Menyucikan harta yang mungkin was-was bagi pembayar zakat
Salah satu peluang untuk meningkatkan ibadah adalah dengan membayar zakat ke atas kurniaan daripada Allah SWT
Terdapat dua jenis zakat pendapatan, di mana seseorang individu perlu membayar salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali jika cukup syarat nisab zakat.
Zakat Gaji | Zakat Pendapatan Professional |
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Hasil perbincangan, muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat pendapatan dan gaji adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan nisab zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut. | Bagi individu tanpa pekerjaan kerja tetap di mana-mana syarikat jadi tidak memperoleh pendapatan bulanan. Jenis individu ini contohnya seperti perunding bebas, penulis buku, pengacara majlis, pelakon, dan sebagainya. |
Allah SWT berfirman (yang bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)” [Al-Baqarah (2): 267] |
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sedekah ditekankan atas setiap Muslim” Lalu para Sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan). Baginda SAW menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah (HR Bukhari & Muslim). |
Kadar Zakat Pendapatan boleh dipadati melalui menolak jumlah pendapatan kasar tahunan dengan perbelanjaan-perbelanjaan asasi yang dibenarkan. Justeru, jumlah yang perlu anda zakatkan ialah jumlah pendapatan (selepas pelepasan) x 2.5%.
Anda hanya perlu tentukan jumlah pendapatan tahunan, kemudian darabkan dengan 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan. Untuk lebih jelas, rujuk formula perkiraan zakat seperti berikut: Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% = Jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar.
Contoh A | |
Pendapatan Ali adalah RM1,900 sebulan. Dalam setahun, pendapatannya adalah sebanyak RM22,800. Oleh kerana jumlah ini di bawah jumlah nisab, Ali tidak perlu membayar zakat pendapatan sama sekali. |
Contoh B | |
Pendapat Saiful adalah RM5,500 sebulan. Dalam setahun, gajinya adalah sebanyak RM66,000. Oleh itu, Saiful perlu membayar zakat pendapatan kerana jumlahnya lebih daripada nisab. Walau bagaimanapun, kadar yang perlu Saiful bayar bukanlah berasaskan pendapatan RM66,000 tadi. Saiful dibenarkan untuk menolak beberapa perbelanjaan keperluan sebelum kadar zakat pendapatannya dikira. Mengikut Majlis Agama Islam, perbelanjaan yang dibenarkan adalah seperti berikut, bersama jumlah yang boleh ditolak:-
Oleh itu, jika Saiful punyai perbelanjaan setiap satu seperti di atas, dia dibolehkan untuk tolak RM34,460 daripada pengiraan zakat pendapatan bagi dirinya. Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Saiful pada tahun itu seperti berikut: (RM66,000 – RM34,460) x 2.5% = RM788.50 Jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar oleh Saiful adalah sebanyak RM788.50. |
Sudahkah Anda
Membayar Zakat?
Tunaikan kewajipan anda pada hari ini dan jangan tangguhkannya. Sesungguhnya ia wajib ke atas kamu!