Isnin – Jumaat : 8.30 AM – 6.00 PM

Zakat Ternakan

Kira dan bayar Zakat Ternakan anda bersama kami, dijamin Mudah, Cepat dan Selamat

A : Komponen Pendapatan

RM
[a] * 0.025
RM

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Ternakan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Haul semua haiwan sama iaitu 1 tahun.

Bukan semua binatang yang diternak perlu dikeluarkan zakat. Berikut adalah binatang-binatang yang wajib untuk pembelanya mengeluarkan zakat

  1. Kambing
  2. Biri-biri
  3. Lembu
  4. Kerbau
  5. Unta

Jadi untuk penternak ayam, itik, ikan dan binatang-binatang yang tidak ada dalam senarai tidak perlu mengeluarkan zakat ini tetapi sebaliknya termasuk dalam zakat perniagaan atau pendapatan.

Dari hadis, 

Daripada Mu’az bin Jabal r.a :

“Rasulullah S.A.W telah mengutuskan aku ke Yaman. Baginda memerintahkan aku mengambil seekor tabi’ atau tabi’ah pada setiap 30 ekor lembu, dan seekor musinnah daripad setiap 40 ekor lembu.”

(Hadis Riwayat At-Tirmizi(623) Abu Daud(1176))

Nisab untuk menentukan wajibnya zakat dikeluarkan berbeza mengikut haiwan yang dibela. Misalnya, 40 ekor untuk kambing dan biri-biri, 30 ekor untuk lembu dan kerbau, dan 5 ekor untuk unta. Dan jumlah yang perlu dibayar sebagai zakat juga berbeza mengikut berapa bilangan haiwan ternakan semasa sama sejenis atau bercampur bermacam jenis haiwan ternakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami, kami sedia untuk membantu anda dalam apa jua permasalah yang timbul mengenai zakat.

Whatsapp Zakat

Anda boleh membayar zakat anda bersama kami secara atas talian

atau

di kaunter zakat kami di :

No. 7-1, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.